Thursday, 31 March 2016

Miss Know Everything Kat Ofis Aku

Hah.... it so annoying bile kite dengan rela paksanya terdengar atau terperasan orang cakap pasal kite kat belakang kita. Fine la... ko tak suka aku, dah la. Buat apa nak bising-bising, cerita sana, cerita sini pasal aku kat orang. Der... kalau ko tu bagus sangat tak der nyer kat kat takuk tu jer lagi sampai sekarang.

Just nk cerita jer. Dia nie bukan ler sape-sape. Gred pun tak ader la jusa bagai(gomen nie). Tapi memandangkan dia nie konon nyer dah macam wikipedia (sebab belajar sampai ijazah) so.. ader jer la cite pasal orang yang dia nak tambah tak pun nak edit bagi sedap. Alah macam masak ler klu tak sedap tambah jer sesedap rasa. Si Penambah Perisa.....



Peh.. becakap hebat gile. Miss Know Everything . Tanya lah apa pun. dia tahu semua. Dia jer yang betul . Dia jer la yang pandai dia jer la yang hebat. Fine.. yer..yer.. aku tak pandai. Aku belajar tak pandai dari ko.

Dah sekarang... ala.. time aku ngah tulis blog nie... dia ngah gosip sal orang. Cerita pasal bini muda menteri. Budak ofis aku jugak. berhenti kerja sabab laki dia menteri.Lantak ler.. dah jodoh dia. tapi mak jemah nie nak gak komen. Mula lah tersebar cerita itu ini by yous truly si Miss Know Everything nie... dia pun cerita.. kawan dia dulu boyfriend datang jemput ngan kete lambang kuda tu. Nak jugak dia nie kongsi konon nyer pengalaman. Nak jugak masuk enter frame kabar kan pasal pengalaman dia der kawan yang boyfriends nyer beduit.

Dia kan cabel newss Astro... nk jugak la masuk cerita.. dia nk gak cerita segala. Cakap pasal orang pandai sangat. Jap-jap nak tanya ko boleh? Ko dah kawin ke..? ko dah ader anak ker...? ko jawatan besar sangat ke..? Dah kenape la pada pandangan mata ko, orang lain sume tak bagus. Semua serba tak kena dengan orang lain. Kau jer yang betul.

Entah la mak jemah... lagi aku cakap lagi panjang cerita. Bab bekira time buat kerja pandai sangat. Bila tekena kat dia orang buat balik kat dia macam mana dia buat kat orang, mula lah nak mengamok.. nak jaja cerita sana sini... kalau boleh nak broadcas kat tv tu, nak bagi tahu kat satu dunia. Mula nk mengadu domba  bagi. oh drama mak jemah.... boleh masuk Oscar.



Hahahahah..... dalam pada drama by Miss Know Everything nie... meti ader mangsa nyer atau pun kambing hitam nyer... dah nasip si kambing hitam... dah orang tak suka kan. Pastu senang-senang jadi mangsa fitnah.., mangsa tuduhan melulu... Yer tahu.. tahu... nasip awak dibawah.. selalu ditindas orang.. Tapi sampai bila...

Entah la... zaman seba moden... tapi ader jugak yang perangai macam nie. Semakin kita moden... pemikiran kita makin mundur yer... PHD kuat sekarang nie... Dengki Khianat... Buruk Sangka... kenapa kita makin teruk pemikiran sekarang nie. Entah la... Nie apa yang aku nampak dan hadapi kat ofis aku la... tengah-tengah bandar Putrajaya nie... orang dia dah jadi macam nie.. Ok...Ok... bukan semua... just sebahagian...

Sebab tu orang tua-tua kata.. "kerana nila setitik.. rosak susu sebelanga".....


No comments:

Post a Comment