NOVEL

“DAH BUKAN JODOH KITA KAN..

BAB 1

                “Aku dah kata kan yang aku tak bekenan langsung budak Iskandar tu. Yang kamu nak jugak kahwin dengan dia nie kenapa? “ tanya Pak Khalid pada Juita Insyirah.
                “Kenapa ayah tak suka sangat dekat Is tu ayah? Dia tu baik jer dengan Juita.” Soalan ayah ku balas dengan soalan juga. Makin aku tak faham dengan sikap ayah. Dulu boleh sahaja dia berbual dengan Iskandar, tapi sekarang jangan kata bercakap, pandang pun ayah tak mahu.
“Kalau aku kata tak boleh maknanya tak boleh la. Kamu tak faham ker?”
“Juita sudah pergi masuk bilik kamu. Nanti ayah kamu naik angin tangan dia yang melayang ke muka kamu.” Pujuk ibu tiri ku pabila melihat keadaan telah menjadi semakin tegang antara aku dan ayah ku.
“Tak faham betul lah ayah nie.” Kata ku pada ibu.
“Sudah ler tu. Nanti ibu tanya kat ayah hang pasai pa dia tak bagi hang kawin ngan budak Is tu. Sekarang hang masuk dalam dulu.” Pujuk ibu tiri ku lagi.
Aku terus masuk kedalam bilik dan memujuk hati ini. Pelik bila difikirkan sikap ayah pada Iskandar. Iskandar bukan orang lain. Dia anak sedara ayah juga walau pun dia cucu pada abang nenek aku.
Selama seminggu aku mencari apa yang membuat ayah benci sangat pada Iskandar tetap tak dapat aku jumpa. Minggu belarut minggu dan bulan melangkau bulan. Akhir sekali aku diberi tahu yang Iskandar akan berkahwin dengan pilihanya. Walau kami bukan tinggal di negeri yang sama berita itu tetap sampai pada ku.
Seminggu aku menangis kerna Iskandar. Kenapa dia mengkhianati janji kami untuk hidup bersama. Aku ingin sangat menemui Iskandar, tetapi dia seperti cuba melarikan diri. Aku telefon tak berjawab. Aku mesej tak berbalas. Iskandar telah hilang seperti biskut. Sekejab ada sekejap tiada.
Dua bulan kemudian aku terima kad undangan perkahwinan Iskandar dari ibu. Tergamak Iskandar buat aku bergini. Adakah padanya cinta kami tiada maknanya. Kasih sayang ku di permainkan.ayah ku seperti tidak tahu apa yang telah terjadi pada ku. Sudah puas ibu ku memujuk, tapi aku masih sama. Aku menyalahkan ayah dan Iskandar ke atas apa yang terjadi.
Aku perlu kuat. Kenapa aku perlu menunjukan pada Iskandar bahawa pengkianatan dia pada cinta kami tidak langsung memberi kesan pada diri aku. Aku akan hadir pada majlis perkahwinan dia nanti. Petang itu aku menelifon Syakirah kawan baik ku supaya meneman ku hadir ke majlis tersebut.
Dan aku hadir bila tiba tarikh tersebut. Menitik air mataku pabila Iskandar mengucap akad nikah. Kerna dia bukan lagi hak ku. Dia bukan lagi kekasih ku. Yang amat menyedihkan adalah, bukan aku wanita yang dia nikahi. Aku hanya mampu melihat dari jauh. Aku mahu berjumpa Iskandar dan mengucapkan tahniah atas pernikahan ini, namun apa daya ku. Menitis air mata ini melihat kegembiraan yang terpancar diwajah Iskandar dan isterinya.
Aku berjumpa dengan orang tua Iskandar ddan mengucapkan tahniah kerna mendapat menantu yang amat cantik. Emak Iskandar tahu akan hubungan kami, namun tiada apa yang dapat dilakukan. Katanya sudah tertulis disana yang kami tiada jodoh untuk bersama.
Seminggu kemudian aku mendapat tawaran melanjudkan pelajaran di Stanford Universiti. Pantas sahaja aku terima tampa berbincang terlebih dahulu dengan ayah ku. Aku masih marah pada ayah kerna menghalang cinta ku dengan Iskandar dulu.
Aku mahu membawa jauh hati ku yang luka ini. Setelah selesai segala urusan berkaitan pelanjutan pelajaran ku di Stanford selesai, aku pun menunggu tarikh aku kan pergi. Sekali sekala aku teringatkan Iskandar. Tetapi aku sedar yang dia mungkin langsung tak pernah teringatkan ku. Mungkin sekarang dia sedang berbahagia dengan isterinya.
Tiga hari lagi aku akan berangkat ke Stanford, dan ayah mengadakan kenduri kesyukuran dan doa selamat untuk aku. Walau aku tak pernah bercakap dengan ayah, ibu ku ada memberi tahu aku yang ayah bangga aku dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Ayah menjemput semua saudara mara ku yang jauh dan dekat untuk hadir serta semua rakan-rakan sekerja ayah.
Sungguh aku tak sangka ayah menjemput Iskandar sekeluarga untuk datang. Aku fikir tentu Iskandar tak akan datang. Tapi aku silap. Iskandar datang tanpa isterinya. Berani sungguh dia datang selepas apa yang telah dia lakukan pada ku.
“Juita kamu tak nak jumpa ke dengan Iskandar tu?” tanya kakak ku Julia semasa kami sama-sama mengemas selepas kenduri.
“Takda maknanya nak jumpa orang macam tu. Buang karen jer.” Balas ku.
“Pergi la jumpa dia sat. Hangkan dah nak pergi jauh. Kesian kat dia dok tunggu kot hang nak tegur dia.” Suruh kakak ku lagi.
“Ish... kak Ju nie. Orang tak mau jumpa dia la. Dia kan laki orang, sat lagi kot orang kampung nampak pe habaq kat bini dia pulak nanya ja Juita jadi ulam kena ganyam.” Kata ku. Yang kak aku seorang ini nak sangat aku jumpa mamat itu kanapa. Aku dah kata tak mau sudah ler.
Sewaktu aku berjalan untuk mengambil mangkuk di belakang rumah, aku bertemu Iskandar. Dia memanggil aku. Kata nya ader benda yang dia mahu cakapkan pada ku.
“Syirah, boleh abang cakap sekejap dengan syirah?” tanya Iskandar. Syirah. Ya, Cuma Iskandar yang memanggilku dengan panggilan itu.
“Maaflah saya tengah sibuk nie. Nanti-nantilah kita cakap. Kot ada masa kita cakap na.” Balas ku.
“Tak ada nanti-nantinya syirah. Syirah kan dah nak pergi, jadi bagilah abang peluang nak cakap. Sekejap pun jadilah syirah.” Rayu Iskandar pada ku.
“Okey. Awak nak cakap apa? “ tanya ku.
“Syirah abang nak minta maaf kat syirah. Abang mintak maaf sangat-sangat syirah.” Kata Iskandar.
“Abang kalau benda itu yang abang nak cakap, Syirah rasa tak payah lah cakap. Buat sakit hati saja cakap.” Dia mula dah Iskandar nie.
“Tapi abang nak jugak cakap. Abang minta maaf pasal tak dapat tunai janji abang.”
“Senangkan abang minta maaf. Abang tau tak berapa tersiksanya syirah masa dapat tau abang nak kawin dulu. Abang tipu syirah tau tak.” Kalau dah nak cakap sangat, okey. Aku nak luahkan segalanya malam ini.
“Abang minta maaf sangat sayang...”
“Apa sayang-sayang. Sayang abang ada kat rumah.” Potong ku.
“Abang tau tak, Syirah sanggup lawan cakap ayah bila ayah halang hubungan kita. Syirah menangkan abang. Syirah percaya janji abang pada Syirah. Tapi abang sanggup buat Syirah macam ni kan. Macam mana abang sanggup mengkianati janji yang kita buat sama-sama.” Luah ku pada Iskandar.
“Syirah sayang.... abang....”
“Juita ... kamu ada kat mana nie? Tetamu dah nak balik tu. Pergi depan cepat.” Terdengar suara ibu ku menjerit mencari ku.
“Dah la abang. Dah tak ada benda nak di cakapkan lagi.” Kata ku sebelum berlalu pergi. Wajah itu lah yang akan ku rindu nanti. Aku berpaling dan berjalan menuju ke arah Iskandar. Tangan ku hulur dan aku menyalami tangannya buat kali terakhir dan terus berlalu pergi.
Selamat tinggal abang. Syirah takan pernah lupakan abang kerna abang adalah cinta pertama Syirah. Dari jauh aku melihat Iskandar dan keluarganya berlalu untuk pulang. Mata kami bertembung. Dari matanya aku dapat melihat betapa dia rasa amat bersalah pada ku. Entah mengapa aku berasa amat sedih melihat dirinya berlalu pergi begitu. Air mata ku mengalir lagi. Aku sudah tersedu sedan dibalik dinding tempat ku bersembunyi.
“La yang angah menangis nie kenapa?” tanya adik bongsu ku Amirul yang entah dari mana datangnya. “ Angah nie sedih pasal dah nak tinggal kita orang ker sedih pasal tengok Abang Is nie?” tanya Amirul lagi.
“Tak da lah. Angah tak nangis pun ler pasal dia. Angah sedih pasal nak tinggal kamu la.” Jawap ku dalam sedu sedan.
“Angah jangan bohong adik lah. Hal cinta cintun angah tu dalam poket adik jer.”
“Betul la angah bukan sedih pasal dia lah!”
“Sudahlah tu angah. Macam adik tak tau angah jumpa abang Is kat belakang tadi. Adik pahamlah angah nie. Suka simpan sorang-sorang.” Kata adik ku lagi.
“Adik.. angah sedih sangat tau tak. Kenapa dia mainkan hati angah adik? Angah cinta dia sepenuh hati adik tau tak?” Luah ku pada Amirul.
“Nangislah angah. Luah semua malam nie. Biar ini jadi malam terakhir angah menangis untuk lelaki tak guna macam dia tu.”Pujuk Amirul.
Malam ini bersaksikan bulan, bintang dan adik ku Amirul, aku menangis lagi untuk lelaki bernama Adam Iskandar. Biarlah malam ini menjadi malam terakhir aku menangis kerna dia. Dia yang menghancurkan hatiku, cinta ku dan kasih sayang ku dengan menghianati janji-janji kami. Selamat tinggal Iskandar. Selamat tinggal untuk selama-lamanya.
** bersambung....

No comments:

Post a Comment